Saturday, February 4, 2012

PENGENALAN


Melihat kesukaran rakan sejawat membuat analisa secara manual setiap kali keputusan PMR diumumkan serta tuntutan pelbagai analisa oleh pelbagai pihak dalam waktu yang singkat telah mendorong penulis menghasilkan fail eForm Setiausaha PMR (eForm SU PMR). Tambahan pula terdapat analisa data yang sangat berguna (Near Miss Cemerlang, Near Miss Lulus dan Analisa Taburan Peratus dan Gred Purata Mata Pelajaran) yang sering diabaikan apabila analisa secara manual dibuat lantaran kekangan masa dan beban tugas guru yang lain.

Fail e-Form SU PMR berkonsepkan borang elektronik yang dibina menggunakan MS Excel 2003. Penggunaan fail ini dapat membantu Setiausaha Peperiksaan PMR membuat analisa keputusan Peperiksaan PMR dengan lebih efektif dan bebas daripada sebarang kesilapan. Ianya juga dapat memudahkan pihak Pentadbir, Ketua Bidang, Ketua Panitia dan guru untuk menganalisa dan seterusnya merancang strategi kearah meningkatkan prestasi akademik pada masa akan datang. Penggunaan fail ini juga bermakna data keputusan PMR telah dijadikan sebagai 'Softcopy' maka ianya memudahkan pihak SU PMR menyerahkan laporan kepada pihak yang memerlukan (Pentadbir, Ketua Bidang, Ketua Panitia dan rakan guru) melalui email ataupun telefon pintar.

Pihak SU PMR perlu memasukkan semua data keputusan PMR setiap pelajar dalam Helaian DATA INDIVIDU untuk dianalisa. Dicadangkan supaya proses memasukkan data keputusan individu dibuat bersama-sama oleh rakan guru seperti SU PMR, Ketua Panitia atau Ketua Bidang supaya ianya lebih cepat dan meringankan beban SU PMR. Kemudiannya pihak SU PMR boleh menggabungkan semua data berkenaan di Helaian DATA INDIVIDU.

No comments: