Saturday, February 4, 2012

OUTPUT ANALISA FAIL E-FORM SU PMR

Output fail e-Form SU PMR adalah dalam bentuk Analisa Berjadual dan Graf Palang

A. Antara Output Analisa yang dijanakan oleh fail e-Form SU PMR adalah:
1. Analisa Keputusan Individu (Helaian DATA INDIVIDU)
2. Analisa Subjek Keseluruhan (Helaian ANALISA KESELURUHAN)
3. Analisa Kelas Keseluruhan (Helaian ANALISA KESELURUHAN)
4. Analisa Perbandingan Keseluruhan (Helaian ANALISA KESELURUHAN)
5. Analisa Taburan Perolehan Gred Cemerlang (Helaian ANALISA KESELURUHAN)
6. Analisa Taburan Peratus Lulus Mata Pelajaran (Helaian ANALISA KESELURUHAN)
7. Analisa Taburan Gred Purata Mata Pelajaran (Helaian ANALISA KESELURUHAN)
8. Analisa Bilangan Cemerlang, Near Miss Cemerlang dan Near Miss Lulus (Helaian ANALISA KESELURUHAN)
9. Analisa Subjek Berdasarkan Kelas (Helaian SUBJEK-KELAS)
10. Senarai Pelajar Cemerlang (Helaian CEMERLANG)
11. Senarai Pelajar Near Miss Cemerlang (Helaian NMC)


Contoh Senarai Pelajar 'Near Miss' Cemerlang

12. Senarai Pelajar Near Miss Lulus (Helaian NML)
13. Senarai Pelajar Terbaik - mengikut tafsiran sekolah (Helaian TERBAIK)
14. Senarai Pelajar Lulus mengikut subjek tertentu (Helaian LIST LULUS)
15. Senarai Pelajar Gagal mengikut subjek tertentu (Helaian LIST GAGAL)
16. Senarai Pelajar yang mengambil subjek tertentu (Helaian LIST)
17. Senarai Pelajar Memperoleh Status Lulus (Helaian LULUS)
18. Senarai Pelajar Memperoleh Status Gagal (Helaian GAGAL)
19. Senarai Pelajar Memperoleh Status Tidak Hadir (Helaian TH)
20. Senarai pelajar layak masuk ke aliran Sains Tulen.

B. Antara Output Graf yang dijanakan oleh e-Form SU PMR ialah:
1. Graf Peratus Lulus mengikut subjek ( Helaian GRAF).
2. Graf Gred Purata Mata Pelajaran mengikut subjek ( Helaian GRAF).
3. Graf perbandingan peratus kelulusan dengan tahun sebelumnya mengikut subjek (Helaian GRAF).
4. Graf perbandingan GPMP dengan tahun sebelumnya mengikut subjek (Helaian GRAF).
5. Graf perbandingan peratus kelulusan dengan sasaran KPI mengikut subjek (Helaian GRAF).
6. Graf Peratus Kelulusan mengikut kelas  ( Helaian GRAF).
7. Graf Perbandingan Peratus Lulus Keseluruhan dengan tahun sebelumnya ( Helaian GRAF).
8. Graf Perbandingan Gred Purata Sekolah (GPS) dengan tahun sebelumnya ( Helaian GRAF).
9. Graf Peratus Kelulusan sesuatu subjek mengikut kelas (Helaian SUBJEK-KELAS).
10. Graf Gred Purata Mata Pelajaran sesuatu subjek mengikut kelas (Helaian SUBJEK-KELAS).


Contoh Graf Perbandingan Dengan KPI Mengikut Subjek




..bersambung

PANDUAN PENGGUNAAN E-FORM SU PMR



Langkah 1: Lengkapkan Maklumat Asas Di Helaian 'MENU'.

a. Setiap kali memulakan fail eForm SU PMR, pengguna akan berdada di Helaian 'MENU'. untuk memasukkan maklumat yang diperlukan di helaian ini, sila klik menu 'LOCK/UNLOCK' dan masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang sah.

b. Pilih menu 'UNLOCK' daripada sub-menu yang muncul.

c. Masukkan semua maklumat yang diperlukan.

Langkah 2: Key-in Data Keputusan Individu Di Helaian 'DATA INDIVIDU'.

a. Klik Helaian 'DATA INDIVIDU'.

b. Sila klik menu 'LOCK/UNLOCK' dan masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang sah. Pilih menu UNLOCK daripada sub-menu yang muncul.

c. Pilh senarai kod subjek di bahagian atas dan seterusnya masukkan data keputusan setiap pelajar seperti yang dipaparkan di Helaian 'DATA INDIVIDU'.

Langkah 3: Melengkapkan Analisa Keseluruhan.

a. Klik Helaian ANALISA KESELURUHAN.

b. Semua data yang dimasukkan di Helaian 'DATA INDIVIDU' tadi akan dianalisa secara auto dalam helaian ini. Antara analisa yang dibuat ialah analisa bilangan/peratus mengikut gred, analisa bilangan/peratus lulus dan gred purata setiap mata pelajaran.

c. Klik menu 'LOCK / UNLOCK' dan masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang sah. Pilih menu UNLOCK daripada sub-menu yang muncul dan seterusnya masukkan data yang diperlukan di setiap bahagian seperti di bawah:

i. A: ANALISA SUBJEK KESELURUHAN
Data yang diperlukan: Peratus lulus dan gred purata mata pelajaran tahun sebelumnya serta Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang disasarkan oleh setiap Ketua Panitia untuk setiap subjek.

ii. B: ANALISA KELAS KESELURUHAN
Data yang diperlukan: Nama kelas (Pilih nama kelas daripada 'drop-down menu' yang tersedia). Nama kelas sepatutnya telah dimasukkan di Helaian SETTING terlebih dahulu supaya 'drop-down menu' dapat dijanakan.

iii. C: ANALISA PERBANDINGAN KESELURUHAN
Data yang diperlukan: Bilangan Lulus Penuh , Bilangan Gagal, Bilangan Tidak Hadir serta Gred Purata Sekolah (GPS) tahun sebelumnya.

Setelah semua data yang diperlukan dimasukkan maka pengguna boleh memperoleh pelbagai analisa dan graf daripada janaan fail e-Form SU PMR ini.

SETTING SEBELUM MENGGUNAKAN E-FORM SU PMR

1. Setting Macro MS Excel

Seperti Pakej eForm yang lain, macro dalam MS Excel perlu disetkan dahulu supaya ianya ENABLE agar semua kemudahan analisa yang terdapat dalam fail ini dapat digunakan sepenuhnya. Sila rujuk posting penulis mengenai cara-cara setting macro MS Excel di sini.



Pastikan pengguna sentiasa memilih option "Enable Macros" supaya dapat menngunakan semua kemudahan yang disediakan secara maksima
.

2. Lengkapkan Maklumat di Helaian SETTING

Sebelum memasukkan sebarang data dalam fail eForm SU PMR, sila lengkap maklumat NAMA KELAS, MAKLUMAT SUBJEK dan NAMA KETUA PANITIA dalam jadual yang disediakan dalam helaian SETTING. Maklumat ini akan menjana 'drop-down menu' untuk kemudahan pengguna kelak.

PENGENALAN


Melihat kesukaran rakan sejawat membuat analisa secara manual setiap kali keputusan PMR diumumkan serta tuntutan pelbagai analisa oleh pelbagai pihak dalam waktu yang singkat telah mendorong penulis menghasilkan fail eForm Setiausaha PMR (eForm SU PMR). Tambahan pula terdapat analisa data yang sangat berguna (Near Miss Cemerlang, Near Miss Lulus dan Analisa Taburan Peratus dan Gred Purata Mata Pelajaran) yang sering diabaikan apabila analisa secara manual dibuat lantaran kekangan masa dan beban tugas guru yang lain.

Fail e-Form SU PMR berkonsepkan borang elektronik yang dibina menggunakan MS Excel 2003. Penggunaan fail ini dapat membantu Setiausaha Peperiksaan PMR membuat analisa keputusan Peperiksaan PMR dengan lebih efektif dan bebas daripada sebarang kesilapan. Ianya juga dapat memudahkan pihak Pentadbir, Ketua Bidang, Ketua Panitia dan guru untuk menganalisa dan seterusnya merancang strategi kearah meningkatkan prestasi akademik pada masa akan datang. Penggunaan fail ini juga bermakna data keputusan PMR telah dijadikan sebagai 'Softcopy' maka ianya memudahkan pihak SU PMR menyerahkan laporan kepada pihak yang memerlukan (Pentadbir, Ketua Bidang, Ketua Panitia dan rakan guru) melalui email ataupun telefon pintar.

Pihak SU PMR perlu memasukkan semua data keputusan PMR setiap pelajar dalam Helaian DATA INDIVIDU untuk dianalisa. Dicadangkan supaya proses memasukkan data keputusan individu dibuat bersama-sama oleh rakan guru seperti SU PMR, Ketua Panitia atau Ketua Bidang supaya ianya lebih cepat dan meringankan beban SU PMR. Kemudiannya pihak SU PMR boleh menggabungkan semua data berkenaan di Helaian DATA INDIVIDU.